Betulkah PAS semakin takut pada parti Amanah?

Parti PAS sekarang ni merasakan bahawa kedudukan mereka tergugut disebabkan munculnya serpihan-serpihan dari parti tersebut hingga wujudnya satu parti baru yang diberi nama  Parti Amanah Negara (Amanah).

Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata PAS sekarang ni mesti kecut perut dan runsing mengenangkan nasib parti mereka kerana pastinya saingan yang besar bakal tercipta selepas munculnya parti Amanah.

Mana tidaknya kalau sokongan kepada parti PAS akan beralih arah kepada Amanah jika penyokong mereka juga turut berubah haluan.

“Pas masih lagi ada sokongan, selagi mana orang menyokong perjuangan konservatifnya terutama di luar bandar. Manakala masyarakat bandar akan menolak pendekatan konservatif, mereka lebih ke arah progresif yang di bawa oleh Amanah.

“Bagaimanapun ini bergantung pada ahli Pas, jika ramai yang keluar dan mengganggu kedudukan pas di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Itu akan beri kesan besar kepada sokongan Amanah,” katanya.

Namun begitu, Mohd Azizuddin turut mendakwa bahawa parti PAS dan Amanah tidak mampu untuk bergerak jika tidak dibantu dan tidak mendapat sokong dari parti pembangkang yang lain menerusi Pakatan Harapan yang baru ditubuhkan baru-baru ini.

So adakah PAS akan terus berdiam diri dan hanya melihat dari jauh jika Amanah lebih pantas melangkah berbanding parti mereka? Dan adakah PAS hanya akan membiarkan saja Amanah take over kawasan-kawasan pemerintahan mereka.

Hurmmm mungkin PAS rasa tak selamat lepas tengok Amanah mendapat sokong yang padu dari penyokong pembangkang.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-5small