Berkat Isteri Dicium Obama : Najib: Saya Satu-Satunya Perdana Menteri Bermain Golf Dengan Obama

US President Barack Obama kisses Rosmah Mansor (C), the wife of Malaysia’s Prime Minister Najib Razak, while posing for the East Asia Summit family photo at the Myanmar International Convention Center in Naypyidaw. US President Barack Obama landed in Myanmar as the once cloistered nation hosted its biggest gathering of world leaders since shedding junta rule, but concerns over the pace of democratic reforms surfaced immediately. AFP PHOTO/Mandel NGAN


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih tersenyum bangga apabila boleh bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama pada Disember lalu.



“Saya kini, untuk rekod, sebagai perdana menteri tunggal yang boleh bermain golf dengan Obama,” katanya berseloroh dalam pertemuan dengan pelajar Malaysia di New York semalam.

Dalam rakaman ucapan yang diperolehi Malaysiakini, Najib berkata bahawa beliau tidak mendapat manfaat dari segi politik daripada perlawanan golf itu.

“Saya lakukannya kerana saya fikir ia adalah langkah positif untuk kita membina hubungan peribadi dengan presiden Amerika Syarikat. Saya lakukannya demi Malaysia, saya lakukannya demi rakyat.

“Malangnya masanya salah, saya tidak mendapat sebarang keuntungan politik,” katanya, yang mengundang ketawa hadirin.

Najib berseloroh mengenai kecaman yang diterimanya sewaktu bermain golf dengan Obama sedangkan negeri di Pantai Timur mengalami banjir.

ep2p-5small