Azmin Ali masih menaruh harapan pada PAS

Walaupun terdapat suara-suara nyaring daripada pemimpin tertinggi Pas yang menolak pelawaan PKR untuk bersama Pakatan Harapan (PH), PKR sekali lagi menaruh harapan agar parti Islam itu terus bersama mereka.

Menurut Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, PKR masih menunggu keputusan rasmi daripada Pas berhubung pelawaan PKR untuk persama PH.

Jelas Azmin, setakat ini Pas hanya mengatakan menolak pelawaan tersebut secara tidak rasmi dan PKR sehingga kini masih menunggu keputusan rasmi berhubung penolakan tersebut.

Justeru, PKR menganggap Pas masih berminat untuk bersama gabungan parti pembangkang walaupun tidak direstui DAP.

“Kita belum dimaklumkan secara rasmi Pas tidak akan menyertai Pakatan Harapan, setakat ini perbincangan dengan Pass masih berjalan seperti biasa.

“Kita sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan semua parti politik pembangkang dan individu yang berpegang kepada prinsip untuk membawa perubahann,” kata Azmin di Ibu Pejabat PKR.

Dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR ini, boleh dirumuskan bahawa PKR masih menaruh harapan kepada Pas walaupun terdapat pemimpin Pas yang telah mengatakan Pas tidak akan lagi bersama Pakatan Harapan ekoran serik menjadi mangsa DAP.

Pas yang sebelum ini bersama Pakatan Rakyat sering menjadi mangsa DAP sehingga pemimpin DAP berani mengkritik Majlis Ulama Syura Pas.

Selain itu, DAP juga menjadi punca keretakan parti Islam itu, apabila terdapat pemimpin dan ahli parti telah keluar dan menubuhkan sebuah parti baharu. Oleh itu, Pas enggan lagi memberi kerjasama dengan DAP.-Utaranews.com

ep2p-2