2000 Umat Islam banjiri Masjid Jamek bantah Israel ceroboh Masjid Al Aqsa

Kira-kira 2000 peserta berhimpun di hadapan Masjid Jamek dekat sini sejak jam 2 petang tadi selepas solat jumaat dalam satu Himpunan Membantah Pencerobohan Masjid Al Aqsa anjuran PAS.

Bermula dengan laungan takbir, himpunan yang dipengerusikan oleh Pengarah Penerangan PAS Wilayah Persekutuan Ustaz Kamaruzzaman Mohamad menjemput Naib Presiden PAS Dato Ir Iskandar Samad berucap.

Dalam ucapannya, Naib Presiden PAS ity mengecam tindakan jahat Israel laknatullah berterusan menceroboh Masjid Al Aqsa Turut senada mengecam tindakan itu President Muslim Care Zulkifli Wahijan yang mahu negara antarabangsa dan pertubuhan dunia segera mengambil tindakan ke atas Israel.

Pengarah Filem dan perlakon terkenal Adam Hamid turut diberi kesempatan berucap. Dalam ucapannya beliau mahu seluruh umat Islam bersatu menyelamatkan kiblat pertama umat Islam itu.

Sambil menitiskan airmata, beliau mengecam sikap membisu negara kuasa besar dunia Amerika Syarikat yang masih berdiam diri terhadap kebiadaban Israel itu.

Himpunan masih berlangsung dengan ucapan Presiden Geng Ustaz Ustaz Norazli Musa dan disambung oleh Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat Wan Hasrina Wan Hassan.

ep2p-2