Zuraida Mak Lampir anggap Ulama PAS tak ada otak pergunakan Islam.

Parti PAS dianggap sebagai sebuah parti yang takde otak, parti yang mundur dan masih berada di zaman jahiliyah. Hurmmmm mungkin dorang tak cukup minum susu formula kot sebab tu lambat sikit otak dorang nak berkembang haha! Mungkin la kot noh…

Sebab apa?? Semuanya gara-gara beberapa orang ahli parti PAS yang keluar dari parti tersebut dan join Parti Amanah Negara (AMANAH) tanpa meletak jawatan. Pasal benda tue je dorang-dorang ni terus jatuh talak tiga dekat isteri-isteri dorang sebab langgar syarat bai’ah.

Tak ke giler semua tue…. Kata Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ketuanya, Zuraida Kamaruddin, semua ni tak masuk akal kerana menjadikan wanita sebagai cagaran dalam politik melalui bai’ah parti itu.

“Jika inilah keadaan politik yang diamalkan, akhirnya wanita dan keluarga akan terus menerus menjadi bahan mainan politik tidak matang.

“Mana mungkin demi kepentingan politik parti, rumahtangga diperjudikan dengan menceraikan pasangan secara tidak langsung,” tegasnya

Gomez sokong dan terfikir ada betulnya jugak apa yang diperkatakan oleh Zuraida ni, status perkahwinan tak patut dijadikan sebagai taruhan dalam politik. Benda kawin-kawin ni bukan mainan bebbb! Ingat main kawin-kawin zaman budak-budak dulu kot. Lagi pun dorang tu dah ada cucu cicit haaa… Kesian ler kalau pasal politik tupptuppp kena cerai.

Isteri ni bukan tempat perjudian untuk kepentingan politik dalam parti bro! Fikir logik sikit…. Fikiran tu bagi terbuka sikit, jangan jadi katak bawah tempurung sangat. Elok kalau bubarkan je syarat tak masuk akal tu sebab rasa macam menyusahkan orang je.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2