Kuala Lumpur: Beraksi dengan 10 pemain tidak menghalang Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menewaskan South China 3-1 pada aksi suku akhir kedua Piala AFC sekali gus mara ke pusingan seterusnya dengan agregat 4-2.

Dalam aksi di Stadium Mong Kok itu, penyerang Mohd Safee Sali muncul wira dengan menyumbat dua gol pada minit ke-29 dan masa kecederaan babak pertama selepas Mahali Jasuli meletakkan Harimau Selatan di depan di minit ke-25.


Sebelum itu kedudukan Johor DT sedikit terancam apabila Mahama Awal menyamakan kedudukan 1-1 di minit ke-27 untuk South China sebelum pasukan pelawat kehilangan Luciano Figueroa akibat layangan kad merah di minit ke-36.

Pasukan tuan rumah berpeluang merapatkan kedudukan namun sepakan penalti Malisic Bojan melepasi palang gol, tiga minit sebelum permainan tamat.

Kejayaan Johor DT ini melakar sejarah sebagai pasukan pertama negara melangkah ke separuh akhir Piala AFC.

Highlights