VIDEO Tewas Bertemu JDT II, Bang Seung Hwan Krisis Dengan Jurulatih

12096425_1036759523023191_64992224156374Segalanya bagaikan tidak kena dengan Pasukan kedah pada perlawanan ketiga Piala Malaysia yang menyaksikan mereka tewas dengan jaringan 2-3 ditangan pasukan JDT II.

Setelah gah membenam Terengganu 5-0 di laman sendiri pada perlawanan kedua, pasukan kendalian Tan Cheng Ho ini bagaikan hilang taring di laman sendiri.

Mungkin akibat dari pembatalan perlawanan ketiga yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu lalu yang dibatalkan akibat jerebu yang teruk melanda Johor menyebabkan momentum mereka bagaikan tersentak dan terus hilang.

Dengan jaringan awal oleh Shahril Ishak dan dua jaringan lewat minit yang dilepaskan pada setiap separuh masa menunjukkan pasukan Kedah yang dikatakan akan mengganas tersungkur dengan mudah dan menyebabkan peluang mereka ke suku akhir tergugat.

Kelihatan jentera pertahanan Hijau Kuning itu kelihatan begitu rapuh kerana melepaskan 3 gol mudah di laman sendiri.


Tektikal yang direncanakan oleh Tan Cheng Ho mula dipertikaikan oleh peminat Helang Merah termasuk segelintir pemain Kedah sendiri.

Kelihatan penyerang import mereka Sandro juga menunjukkan rasa tidak puas hati setelah digantikan dengan Hanif.

Paling menarik perhatian ialah insiden pergaduhan kecil tercetus setelah tamat masa di antara pemain import Kedah dan jurulatih mereka sendiri.

Bang Seung Hwan dikatakan berang dan cuba menyerang Tan Cheng Ho. Ini menunjukkan ketidakpuasan hati pemain tersebut kerana tidak diturunkan pada perlawanan itu.

Mungkin Bang Seung Hwan begitu geram kerana menyaksikan pertahanan Kedah mudah dibolosi membuatkan beliau begitu kecewa kerana tidak dapat memberi sumbangan diposisi tersebut.

Penonton juga ada yang menggelar ‘coach bodoh’ kepada Tan Cheng Ho ketika kejadian tersebut.

Sumber lain mengatakan bahawa sebenarnya Bang Seung Hwan sendiri memberi alasan kakinya masih sakit ketika mahu diturunkan.

Dikatakan Bang menolak untuk bermain ketika Cheng Ho mahu menggantikan beliau dengan syazwan zainon dan selepas itu juga beliau tidak mahu menggantikan Sandro dengan menunjukkan kakinya kepada Tan Cheng Hoe kononnya masih belum pulih.

Tan Cheng agak marah dgn tindakan beliau dan disebabkan itu beliau pun naik berang.

Ada juga sumber mengatakan Bang juga dikatakan hanya mahu bermain di posisi pertahanan. Sebab itu beliau dikatakan berang tidak diturunkan sebagai pertahanan dalam perlawanan tersebut.

Kedah akan bertemu pendahulu kumpulan LionsXII pada Jumaat ini di Darulaman untuk perlawanan keempat saingan Piala Malaysia.

Video Bang Seung Hwan berang