Sedia maklum pemain Manchester United Luke Shaw patah kaki akibat dibentes oleh pemain PSV Hector Moreno dalam perlawanan Liga Juara-juara eropah minggu lalu.
Menjadi perbualan sekarang ialah pemain sama yang melakukan terjahan ke atas Luke Shaw melakukan sekali lagi terjahan merbahaya terhadap pemain kelab Heracles di liga Eredivisie Belanda iaitu Oussama Tannane.
BACA: Man United Kecewa Pemain Patahkan Kaki Shaw Diberi Anugerah
Oussama Tannane terpaksa diusung keluar akibat rempuhan itu. Tidak dapat dipastikan sama ada kecederaan yang dialami pemain itu seteruk Luke Shaw.
Bagaimanapun kali ini Moreno masih terselamat dari dibuang padang dengan hanya dikenakan kad kuning oleh pengadil perlawanan.


Así fue la falta de Héctor Moreno con la que dejó lesionado a Oussama Tannane. @Psv pic.twitter.com/8PC3AJWfSW — Antonio Romero T. (@AntonioRT_) September 19, 2015
VIDEO 2
Terrible la entrada de Moreno y se las traigo en slow motion amiguines pic.twitter.com/Rd7BrLntrD
— Jugadinho (@jugadinho) September 19, 2015
Comments