KUALA LUMPUR: Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Pahang meneruskan rentak kemenangan dalam kempen Piala AFC selepas menewaskan masing-masing pada perlawanan kedua Piala Malaysia 2015, malam ini.
JDT yang lebih bersemangat selepas mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC mencatat kemenangan 3-2 ke atas ATM di laman lawan sekali gus menduduki tangga teratas Kumpulan selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut.
Penyandang juara, Pahang yang sedikit kecewa gagal mara ke peringkat seterusnya dalam Piala AFC sekalipun menang pada aksi kedua Kumpulan D menundukkan PKNS FC 2-0 di tempat lawan.
Pada aksi di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi,itu, JDT begitupun diberikan tentangan sengit ATM sebelum mencatat kemenangan. Membuka tirai jaringan pada minit ke-8 menerusi Marcos Antonio diikuti jaringan Mahali Jasuli pada minit ke-26.
Kapten JDT, Safiq Rahim melengkapkan gol ketiga JDT pada minit ke-51 sebelum pemain import ATM, Abdulafees Abdulsalam penalti pada minit ke-68 diikuti gol kedua pada masa kecederaan.

Pahang pula mencatat kemenangan menerusi gol yang dijaringkan Azamuddin Akil pada minit ke-59 dengan pemain import, Dickson Nwakaeme melengkapkan jumlah jaringan pada minit terakhir menerusi penalti.
Dalam aksi tunggal Kumpulan A malam ini, JDT II terpaksa akur selepas tewas kepada Lions XII 2-1 di laman sendiri. Gol pertama Lions XII dijaringkan Safuwan Baharuddin pada minit ke-22.
Sekalipun berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-71 menerusi Nicolas Delmonte menerusi penalti, gol kedua Safuwan pada minit-minit terakhir permainan mengecewakan tuan rumah. Dalam pada itu, juara 32 kali, Selangor mencatat kemenangan pertama dalam aksi tunggal Kumpulan C selepas menewaskan T-Team 1-0 di laman lawan.
Gol tunggal perlawanan dijaringkan pemain import, De Paula pada minit ke-50. Pada satu lagi aksi Kumpulan D, PDRM terpaksa akur berkongsi satu mata dengan Pulau Pinang selepas diikat 3-3.
Highlights
ATM v JDT
Perak v Sarawak