Displaying IMG-20150922-WA0011.jpgTersebar hari ini di laman sosial video kejadian kemalangan yang melibatkan perserta lumba haram di Shah Alam Expressway (Lebuhraya Kesas).

Proton Exora yang dirempuh peserta lumba haram sebelum terbabas

Berdasarkan video yang dimuatnaik tersebut menunjukkan kira-kira enam buah motosikal sedang berlumba di atas lebuhraya berkenaan sambil di tonton kira-kira ratusan orang yang lain.

Bagaimanapun ketika pelumba sedang berlumba dilihat seorang daripada mereka telah cuba memotong sebuah kereta jenis proton Exora yang melalui kawasan tersebut tetapi gagal menyebabkan dia terlanggar belakang bahagian kanan kereta berkenaan lalu hilang kawalan merempuh pelumba haram yang lain.

Mangsa lumba haramKerana rempuhan tersebut menyebabkan ke semua pelumba haram berkenaan terbabas dan terseret di atas jalan raya kira-kira 100 meter di mana serekan berkenaan mengeluarkan api hasil geseran motosikal dengan jalan.
Displaying IMG-20150922-WA0010.jpgBerdasarkan komen kejadian dikatakan baru berlaku tetapi tidak dinyatakan waktu dan kebanyakkan mereka perserta lumba haram ini mengalami kecederaan dan ada yang maut.

Apa yang terjadi ini bolehlah dijadikan sebagai iktibar, jangan bila ada melibatkan kehilangan nyawa baru nak menyesal tidak berguna.

Jom saksikan video kemalangan ngeri tersebut dan punca kejadian dimana sebuah motor gagal melepasi proton Exora menjadi punca kejadian.