Wayne Rooney scores penalty against Switzerland to become England's leading goalscorerKapten pasukan The Three Lions, Wayne Rooney kini dinobat sebagai penjaring gol terbanyak dengan 50 gol melepasi rekod yang dilakar oleh lagenda bola sepak Sir Bobby Charlton.

Minggu lalu Rooney telah menyamai kedudukan selepas menjaring gol ketika menang 6-0 ke atas San Marino.

Ketika bertemu Switzerland, Rooney sekali lagi menjaringkan gol menerusi sepakan penalti untuk memadam rekod Sir Bobby Charlton yang lakarnya 45 tahun lalu.

“Saya sangat gembira dan memecahkan rekod yang dicipta oleh Bobby Charlton adalah satu penghargaan buat diri saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada para pemain yang terus mempamerkan aksi yang terbaik sepanjang perlawanan,” ujar Wayne.


Embedded image permalinkSir Bobby Charlton turut memberikan pesanan ucapan tahniah kepada Wayne Rooney melalui laman web rasmi Manchester United. “Saya sangat gembira apabila salah seorang pemain Manchester United yang telah berjaya memecahkan rekod yang telah saya cipta,” kata Sir Bobby Charlton.

“Saya berharap Wayne akan terus beraksi cemerlang buat England dan juga buat Manchester United. England menang 2-0 ke atas Switzerland di Wembley. Rooney bakal terus mengetuai pasukan untuk kejohanan Euro 2016 yang bakal berlangsung di Perancis. Highlights

Comments

comments