VIDEO Menang 3-1, Van Gaal sindir Liverpool

Louis-Van-Gaal-Brendan-RodgersMANCHESTER – Louis van Gaal menyindir Liverpool dengan berkata, Reds adalah sebuah kelab yang hebat kerana kalah kepada Manchester United dalam semua perlawanan yang dibimbing olehnya.

Sindiran tersebut dibuat sejurus selepas United menumpaskan Liverpool 3-1 dalam perlawanan Liga Perdana Ing­geris di Old Trafford semalam, yang menyaksikan penyerang remaja termahal mereka, Anthony Martial menjaringkan gol dalam penampilan sulung.

“Bagi saya, Liverpool sebuah kelab yang hebat kerana saya telah memenangi setiap perlawanan ke atas mereka,” katanya dalam nada sinis.

Menurut pengurus United itu lagi, dia amat gembira dengan cara perlawanan tersebut berakhir, setelah mendahului seminit selepas separuh masa kedua disambung.

Dalam perlawanan itu, Martial, 19, yang dibeli dari Monaco dengan harga 36 juta pound (RM230.63 juta) melakukan larian solo ke dalam kotak penalti, menggelecek tiga pertahanan Liverpool sebelum menolak bola menewaskan penjaga gol, Simon Mig­nolet pada minit ke-88.


Dia dibawa masuk menggantikan Juan Mata pada minit ke-65, dan memerlukan tidak sampai 20 minit untuk mencipta impak pertama bersama kelab baharunya.

Dua lagi gol United dijaringkan oleh Daley Blind menerusi tendangan percuma dan Ander Herrera yang menyempurnakan sepakan penalti.

Christian Benteke turut meledak gol cantik menerusi sepakan gunting dalam kotak penalti lawan, namun kekalahan Liverpool dan penampilan sulung penuh bergaya yang ditampillkan Martial menenggelamkan usaha penyerang itu.

“Kami bermain baik dalam separuh masa pertama. Kami menguasai permainan, tetapi gagal mencipta peluang jaringan, sebab itu kami menukarkan Memphis (Depay).

“Saya gembira dengan gol pertama kerana kami sering berlatih mengambil sepakan begitu dalam sesi latihan dan ia menjadi pencetus semangat.

“Anthony Martial juga membuat penampilan sulung yang sempurna,” kata Van Gaal, yang memenangi semua tiga perlawanan ke atas Reds sejak me­latih United, musim lalu.

VIDEO Highlights

Comments

comments

ep2p-5small