VIDEO kekalahan Paling Besar, Memalukan Dalam Sejarah Bola Sepak Negara

Kekalahan terbesar skuad bolasepak Malaysia ialah tewas di tangan New Zealand pada 16 November 1967 dengan jaringan 2-8!

Memalukan, itulah perkataan yang mampu diungkapkan setelah skuad bola sepak negara tewas kepada Emiriah Arab Bersatu dengan jaringan 10-0.

Walaupun Dollah mengakui sebelum sepak mula bahawa persiapan tidak begitu sempurna namun keputusan bolos 10 gol ternyata mengecewakan.

Gawang Harimau Malaya bolos seawal minit ke 16, 22, 24, 25, 29, 33, 37, 70, 76 dan 78.

Manakala Malaysia sekadar mampu mengutip 2 kad kuning yang dilayangkan kepada Zubir Azmi dan Amri Yahyah.

Penjaga gawang Khairul Fahmi turut melakukan kesilapan mudah apabila melakukan tangkapan yang kurang kemas yang menjurus kepada gol kedua UAE sebelum dia digantikan dengan Zamir Selamat seawal minit ke 28.

Bintang UAE, Amer Abdulrahman dengan mudah merobek barisan pertahanan dengan aksi menarik serta hantaran yang berbahaya ke gawang Malaysia.


Disamping itu, barisan pertahanan yang dibarisi Afif Amiruddin dan Amiridzwan Taj sekadar menjadi penonton diatas padang.

Taj turut dikeluarkan seawal minit ke 37 digantikan dengan Razman Roslan.

Lebih malang, gol ke-10 UAE hadir sebaik sepak mula jaringan ke-9 wakil Arab itu.

Kapten skuad negara, Safiq Rahim telah menegaskan tidak akan memberi laluan mudah kepada UAE ketika pra perlawanan namun ternyata harapan itu gagal dilunaskan.

Kritikan sudah pun dilayangkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebelum ini oleh peminat bola sepak tanah air namun masih tiada sebarang kemajuan membanggakan berlaku.

Ternyata pengendali Dollah Salleh bakal berdepan hari yang panjang tatkala pulang ke tanah air.

Ini adalah kekalahan paling besar dan memalukan dalam sejarah bola sepak negara di pentas antarabangsa sejak negara merdeka 58 tahun lalu. Skuad Harimau Malaya bimbingan Dollah Salleh ketinggalan 7-0 pada separuh masa pertama.

Sebelum ini, skuad negara tewas 6-0 kepada Palestin di laman sendiri.

Sementara itu, keputusan dalam aksi kelayakan lain menyaksikan Korea Selatan membelasah Laos 8-0; Iran menjinakkan Guam 6-0; Australia membenam Bangladesh 5-0 dan Jepun tunduk pada Kemboja 3-0. Dalam satu lagi aksi kelayakan yang masih berlangsung, Qatar sedang mendahului Bhutan 8-0 di separuh masa pertama.

VIDEO Highlights