VIDEO England pasukan pertama layak ke Euro 2016, Rooney Capai Rekod Gol Sir Bobby Charlton

SERRAVALLE, San Marino: England menjadi pasukan pertama layak ke pusingan akhir Euro 2016 di Perancis, selepas membelasah San Marino, 6-0 di sini, awal pagi tadi waktu Malaysia.

Wayne Rooney memulakan kenduri gol ke atas pasukan tuan rumah selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-13, sebelum jaringan sendiri oleh Cristian Brolli 17 minit kemudian untuk kedudukan 2-0 di separuh masa pertama.

Ledakan Roos Barkley seminit selepas permainan disambung semula, diikuti dua jaringan Theo Walcott (m-68, m-78) serta Harry Kane pada minit ke-77, mengesahkan kedudukan England mengungguli Kumpulan E.

Pasukan bimbingan Roy Hodgson memenangi semua tujuh perlawanan kelayakan mereka setakat ini dalam saingan Kumpulan E dan sudah pasti layak secara automatik.

Sementara itu, Rekod jaringan Bobby Charlton selama 45 tahun berakhir apabila Wayne Rooney menyamainya dengan mencatat gol peribadi ke-49 di peringkat antarabangsa pada saingan kelayakan Euro 2016 di sini.

Jaringan pada minit ke-13 itu disempurnakan Rooney yang juga kapten England menerusi sepakan penalti.


England's all-time goalscorersA statistical breakdown of Wayne Rooney's 49 goals in an England shirt

Ia adalah jaringan pendahuluan pasukannya dalam perlawanan yang mencatatkan kemenangan 6-0 England ketika menentang San Marino. “Ia adalah saat membanggakan dapat menyamai rekod Sir Bobby Charlton.

“Sasaran saya selepas ini adalah untuk mencuba sebaiknya bagi membantu pasukan memenangi perlawanan dan sekali gus memecahkan rekod berkenaan,” kata Rooney menerusi ITV Sport di Stadium Olimpik di sini.

Jaringan pemain berusia 29 tahun itu yang juga penyerang Manchester United sekali gus memberikannya identiti rekod antarabangsa Charlton yang juga ahli pasukan England yang memenangi Piala Dunia pada 2016 dengan jaringan ke-49 menerusi 106 penampilan.

Rooney kini memerlukan satu lagi gol untuk menjadi pemain pertama England mencatat jumlah jaringan sebanyak 50. Highlights

Comments

comments

ep2p-5small