TEKNIK merawat pesakit yang mengalami patah tulang menggunakan cara urutan bukanlah sesuatu yang asing buat kita.

Bagaimanapun seiring dengan zaman, sudah tidak ramai yang memiliki kemahiran ini apatah lagi ianya membahayakan jika tidak dibuat dengan betul.

Justeru mangsa kemalangan di Thailand ini boleh dikatakan bertuah apabila secara kebetulan seorang lelaki yang pandai membetulkan tulang patah secara mengurut berada di lokasi kejadian ketika dia sedang mengerang kesakitan.


Seperti dimaklumi, memang sakit ketika bahagian yang patah mula-mula dibetulkan secara ‘manual’ tapi selepas itu ianya dapat memberi kesan segera kepada kecederaan.

Tulang yang patah dan dirawat dengan kaedah moden sahaja kadangkala mengambil masa yang amat lama untuk sembuh berbanding segera dibetulkan dengan mengurut seperti ini.

Apa pun memang hebat brader ni.. salut! – MYNEWSHUB.CC

Video