VIDEO Arab Saudi Menang Tipis, Perlawanan Dihentikan Ekoran Penyokong Baling Suar

Malaysia 1-2 Saudi Arabia: Match suspended after fan disruptionSHAH ALAM, 8 Sept – Perlawanan keempat Malaysia pada Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam pada malam ini, terpaksa dihentikan berikutan tindakan liar penyokong membaling suar ke dalam padang.

Pemain negara menunjukkan persembahan yang terpuji sehingga berjaya mendahului gergasi asia itu hasil jaringan Safiq Rahim pada min ke70.

Bagaimanapun akibat tersentak dengan jaringan tersebut Arab Saudi berjaya menyamakan kedudukan dan sekaligus mendahului dengan jaringan 2-1 dalam masa 5 minit hasil jaringan Taisir Al Jassim 73′ dan Mohammad Al Sahlawi 76′.

Pemain-pemain Arab Saudi yang gagal merobek pertahanan kental Malaysia terpaksa menggunakan kemahiran individu pemain mereka untuk masuk ke dalam kawasan gol Malaysia dan membuat percubaan.

Embedded image permalinkEmbedded image permalinkEmbedded image permalinkPengadil perlawanan, Liu Kwok Man dari Hong Kong terpaksa menghentikan perlawanan pada minit ke-88, sebelum mengarahkan semua pemain masuk ke bilik persalinan selepas sekumpulan penonton membakar suar dan membaling mercun ke padang.

Jurucakap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kemudian mengumumkan aksi itu dihentikan selama 30 minit, dan keputusan selanjutnya akan diputuskan oleh urusetia perlawanan sama ada meneruskan perlawanan atau sebaliknya.

Ketika insiden itu, Arab Saudi sedang mendahului Malaysia 2-1.

Keadaan penyokong di bahagian curva semakin tidak terkawal selepas tembakan mercun dilepaskan dan hampir mengenai pemain Malaysia yang ketika itu sedang berkumpul berdekatan bangku simpanan. Disebabkan itu pengadil mengarahkan kedua-dua pasukan masuk berlindung di dalam bilik persalinan.

Namun situasi masih belum reda dan mercun pula ditembak ke arah lebih seribu penyokong Arab Saudi yang kebanyakkannya membawa kanak-kanak. Tidak lama kemudian mereka diarah keluar dari stadium.

Embedded image permalink

SEAT STADIUM YANG DICABUT

Embedded image permalinkDifahamkan, seramai 530 anggota keselamatan ditugaskan malam ini.

Astro Arena dalam ulasannya turut memaklumkan bahawa dua penyokong Arab Saudi telah dipukul.

Perlawanan akhirnya tidak disambung dan status dibawa Komisioner Perlawanan untuk dipertimbang J/K disiplin AFC.

Pemain Malaysia – Harimau Malaya (4-1-2-3):
K.Fahmi; M.Davies, Razman, Fadhli, N.Naim; J.Eldstal; Safiq (c), Baddrol; Kunanlan (Wan Zack haikal), Amri, Azammuddin (Fakri Saarani)

VIDEO Highlights