KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh unit kedai di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar di Lebuhraya Kesas di sini musnah dalam kebakaran hari ini, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 1.35 tengah hari dan tiba di lokasi kejadian kira-kira sembilan minit kemudian.

“Sebanyak 32 anggota bersama-sama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Seputih, Sungai Besi, Taman Tun Dr Ismail dan Hang Tuah telah dihantar ke lokasi kejadian.


rnr3rnr4rnr1

“Kami mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran daripada merebak, tiada mangsa yang cedera dalam insiden ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.

VIDEO