Malaysia mendapat tempat keempat di Kejuaraan B-19 AFF 2015 selepas tewas penentuan sepakan penalti kepada Laos 3-2 pada aksi penentuan tempat ketiga dan keempat di Stadium Nasional Laos, sebentar tadi setelah kedudukan masa penuh terikat 1-1.

Otthana menjaringkan gol pendahuluan buat pasukan tuan rumah pada minit ke-84. Walaubagaimanapun, asakan skuad B-19 negara membuahkan hasil apabila pemain sayap, Syamer Kutty Abba menjaringkan gol penyamaan satu minit sebelum tamat perlawanan.

Terdahulu pada empat perlawanan peringkat Kumpulan B sebelum ini, skuad B-19 negara kendalian ketua jurulatih Hassan Sazali Mohd Waras muncul naib juara kumpulan selepas menewaskan Timor Leste 2-1, membelasah Singapura 4-0, terikat seri 0-0 dengan Vietnam dan tewas kepada Myanmar 0-1. Malaysia kemudiannya tewas 0-5 kepada Thailand di peringkat separuh akhir.


KOMEN JURULATIH MALAYSIA B-19, HASSAN SAZALI MOHD WARAS

“Pemain-pemain telah berusaha dengan sebaik mungkin pada perlawanan ini dan penghargaan harus diberi kepada semua pemain yang bermain pada hari ni.

“Walaupun pada satu ketika pasukan telah ketinggalan, tetapi berbekalkan dengan semangat yang tinggi mereka terus berusaha sehingga dapat menyamakan kedudukan pada saat-saat terakhir permainan. Kekalahan tendangan penalti tidak seharusnya dikesalkan kerana itu hanyalah sebagai menentukan kedudukan sahaja.”

KEPUTUSAN HARI INI

PENENTUAN TEMPAT KETIGA & KEEMPAT

MALAYSIA 1

LAOS 1

Comments

comments