Terung masak kicap

 resepi sayur yang dah berulang ulang kak rose buat…. kalau tak buat sambal atau masak kari ni lah pilihan untuk nak makan terung… sedap pada kak rose la, tu yang berulang memasaknya. terima kasih pada Cik Mat Gebu yang mula kongsikan resepi ni dan kak rose nak kongsikan kat sini pulak ya…. sayur yang mudah disediakan dengan bahan yg pasti sedia ada dalam dapo kita kan…

 
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji terung ungu, saiz sederhana
1 genggam ikan bilis, dibersihkan, rendam 5 minit dan toskan
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris (tak de la pulak!)
1 camca besar sos tiram JALEN
2 camca besar kicap pekat JALEN
2 camca besar kicap lemak manis JALEN
Sedikit air
Hirisan daun bawang untuk hiasan
 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Buang sedikit kulit terung, kemudian hiris sederhana tebal. Rendam dalam air bergaram 5 minit dan toskan. Panaskan 5 camca besar minyak masak, goreng ikan bilis hingga garing, tolak ke tepi kuali, keluarkan minyak dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
  2. Tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau dan cili merah hingga layu. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap lemak manis, kacau rata dan tuang sedikit air (anggaran 1/4 cawan). Kacau rata.
  3. Bila mendidih, masukkan terung dan gaul rata. Masak dengan api sederhana hingga terung lembut dan kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Taburkan hirisan daun bawang sebelum dihidang..Sedap dimakan bersama nasi panas dan bubur nasi…

ep2p-2