Tangisan bayi buangan disangka suara Hantu..

Seorang bayi lelaki masih bertali pusat dan tak berpakaian ditemui di laluan masuk ke Rancangan Perumahan Awam (RPA) Changkat Sodang dekat Seri Iskandar. Buang bayi lagi, dah la tinggal baby tu tak berbaju. Tak berhati perut langsung!
 
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Aziz Hassan, baby tu ditemui seorang lelaki yang kebetulan lalu kat kawasan tu masa menaiki motosikal dalam perjalanan balik ke rumah dia.
 
“Lelaki itu mendengar bunyi tangisan bayi yang pada mulanya disangka bunyi makhluk halus.. Kemudiannya dia terkejut melihat seorang bayi atas rumput tanpa sebarang lapik diletak di tepi jalan,” kata Aziz Hassan.
 
Difahamkan, lelaki tu kemudian bagitau orang kampung dekat situ sebelum melaporkannya kepada polis.
 
Menurut Aziz Hassan, baby tu dihantar ke Hospital Changkat Melintang sebelum dipindahkan ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut.
 
“Keadaan bayi sihat dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut,” katanya.
 
Pihak polis sedang mengesan suspek yang terlibat termasuk melakukan pemeriksaan di klinik ibu mengandung serta menyiasat beberapa kemungkinan lain.
 
Nasib baik la ada orang lalu kat situ, kalau tak mati kesejukan la baby tu sorang diri tanpa pakaian. Kejam sungguh orang yang membuang tu!! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2