Tak luluskan Pasar Tani – Kerajaan DAP P.Pinang tak pedulikan nasib penduduk kampung

Tak tahu apa yang perlu diungkapkan lagi kepada kerajaan negeri DAP Pulau Pinang apabila mereka berkeras enggan membantu rakyat golongan bawahan dengan tidak meluluskan 7 tapak pasar tani di negeri itu.

Lagipun, pasar Tani yang ingin diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu dua pihak diantara pembeli dan peniaga, dimana peniaga dapat menjual barangan jualan mereka dan pembeli dapat menikmati pembelian di pasar berkenaan kerana harganya lebih murah berbanding di tempat lain.

Mengapakah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui MPPP dn MPSP enggan meluluskan tapak pasar tani berkenaan?? Adakah beliau mahu rakyat golongan bawahan di negeri itu membeli barangan di pasaraya besar seperti Tesco dan sebagainya??

Ataupun adakah Guan Eng sememangnya enggan membantu peniaga-peniaga khususnya peniaga Melayu P.Pinang yang akan mengisi tapak pasar tani tersebut jika diluluskan??

Adakah kerajaan DAP Pulau Pinang masih lagi mahu memberikan alasan gangguan lalulintas untuk tidak meluluskan tapak pasar tani yang sudah diketahui memudahkan urusan penduduk kampung?

Menurut sumber yang diperolehi oleh pihak Utaranews.com, satu tapak pasar malam Melayu di Tanah Liat, Bukit Mertajam yang diadakan di atas laluan jalan telah diarahkan untuk berpindah atas alasan tersebut.

Menghairankan, alasan berkenaan sering digunakan kepada peniaga Melayu yang mahu mencari rezeki di negeri itu. Sedangkan pasar malam Cina yang diadakan di Chai Leng Park yang menyebabkan laluan jalan terganggu tidak pulak diarahkan berpindah.

Bukan itu sahaja, pasar malam di Raja Uda dan gerai-gerai makan milik Cina di kawasan sekitar terbabit tidak pula diganggu, malah dibantu pulak sehingga membenarkan mereka membuka meja di atas jalan.

Dengan tindakan kerajaan negeri enggan meluluskan tapak pasar ini, ia jelas menunjukkan kerajaan negeri tidak mempedulikan nasib rakyat golongan bawahan di negeri itu. Kerajaan DAP P.Pinang jelas menganak tirikan peniaga-peniaga melayu yang mahu memajukan ekonomi.

Rakyat seharusnya jelas dengan sikap sebenar kerajaan DAP ini. Melayu terutamanya harus mengambil iktibar dari sikap perkauman yang ditunjukkan oleh DAP negeri melalui MPPP serta MPSP yang tidak “bagi muka” untuk melayu berniaga. –Utaranews.com-

ep2p-2