Tak Jadi Kahwin Kerana Bakal Isteri Mahu Bekerja.

Di Jeddah, satu majlis kahwin berakhir dengan suasana pilu apabila pengantin perempuan mendesak supaya dia dibenarkan bekerja selepas mendirikan rumah tangga tapi family pengantin lelaki enggan menerima syarat tu.

Difahamkan, pasangan tu hampir dinikahkan di pejabat kadi apabila pengantin perempuan tu menyuarakan hasrat dia untuk terus bekerja. Ia mencetuskan pertengkaran hangat antara ibu bapa kedua-dua pengantin. Mesti kecoh gila time tu. Riuh rendah la dengan suara-suara yang bercakap.

Semua dah tersedia lengkap last-last minute dibatalkan, memang jadi pilu dan sadis la. Sapa tak sedih kalau perkahwinan yang diidamkan tak jadi last-last minute pula tu. Bolehh jadi stress gila weiii!

“Apabila keadaan mula tidak terkawal, pegawai pejabat kadi meminta kedua-dua pihak menyelesaikan masalah itu dengan tenang.

“Bagaimanapun, keluarga pengantin lelaki meninggalkan pejabat itu tanpa mahu berunding selanjutnya,” kata satu sumber.

Terkejut dengan tindakan tu, ibu pengantin perempuan pengsan. Majlis yang sepatutnya berjalan dengan gembira, berakhir dengan tangisan.

Pengantin perempuan memang bekerja dengan sebuah syarikat masa bertunang setahun lalu, tetapi keluarga bakal suami dia tak pernah bagitau dia perlu berhenti selepas mendirikan rumah tangga.

“Meskipun sudah bertunang, pasangan itu tidak pernah bertemu atau berkomunikasi sebagai mengekalkan tradisi masyarakat di sini,” kata pegawai pejabat itu.

Menurut aktivis masyarakat Abeer M, kebanyakan lelaki Saudi mengelak mengahwini wanita yang terlalu berdikari.

“Mereka berkahwin kerana mahukan isteri sepenuh masa,” kata Abeer.

Cenggitu pula dah tapi sekarang semakin ramai perempuan Saudi berpelajaran tinggi dan memiliki kerjaya baik. Ramai la lepas ni jadi andartu ( anak dara tua). Hiihhhiihiiii..

“Ini yang menyebabkan ramai wanita Saudi tidak berkahwin walaupun sudah berusia,” kata Abeer. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small