Siapa yang gila di P.Pinang?? Guan Eng atau Anjing??

Wabak penyakit anjing gila yang kian menular di negeri Pulau Pinang telah menyebabkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat keputusan membabi buta untuk membunuh anjing-anjing terbiar di negeri itu dalam usaha menyekat penyakit itu dari terus merebak.

Adakah dengan membunuh anjing-anjing terbiar di negeri itu merupakan jalan terbaik bagi menyekat penularan penyakit anjing gila ini?? Siapa yang gila sebenarnya, Guan Eng atau anjing??

Bukankah penyakit anjing gila ini sudah mempunyai vaksin yang dapat menyembuhkan?? Jelas sekali tindakan membunuh anjing-anjing terbiar ini merupakan kerja gila Guan Eng.

Walaupun anjing ini hanya merupakan seekor binatang, mereka juga perlu diselamatkan walaupun mereka dalam keadaan berpenyakit dan bukannya dibunuh jika berpenyakit.

Jika sesuatu wabak penyakit sedang melanda diri Guan Eng mahu pun ahli keluarganya, adakah Guan Eng mahu sahaja mereka ini dibunuh bagi mengelak penyakit tersebut berjangkit kepada orang lain walaupun terdapat cara lain untuk mengubatinya??

Sudah pasti beliau tidak mahu ahli keluarganya dan dirinya dibunuh apabila menghidap satu wabak penyakit. Jika beliau meminta untuk dibunuh jua bagi mengelak dari berjangkit mungkin beliau sendiri menghidap penyakit gila.

Tindakan kejam serta tidak berperikemanusiaan Guan Eng yang mahu membunuh anjing-anjing ini semakin mendapat bantahan dari rakyat P.Pinang serta gabungan NGO haiwan.

Menurut anggota jawatankuasa gabungan NGO ‘Stop Killing, Start Vaccinating’, Joel Gurpit Singh berta, Guan Eng tidak mengamalkan dasar telus ketika menangani wabak penyakit anjing gila dan NGO tidak dirundingi sebelum kerajaan negeri memutuskan untuk membunuh anjing-anjing terbiar dalam usaha menyekat penyakit itu dari merebak.

Singh menegaskan, kerajaan negeri perlu menyuntik vaksin kepada anjing-anjing ini bagi menangani wabak anjing gila, bukannya dengan cara membunuh anjing tersebut.

“Jika vaksin kekurangan, sebuah NGO global menawarkan untuk menyuntuk vaksin pada anjing-anjing terbiar di Pulau Pinang,” kata Singh.

Oleh itu, Guan Eng disarankan bersikap menyayangi binatang dan bukannya bersifat kejam dengan melakukan pembunuhan terhadap binatang di jalanan ini.-Utaranews.com-

ep2p-5small