Rumah mekanik dibakar kerana marah kereta tak siap

Seorang budak perempuan berusia enam tahun bersama nenek dia menjadi mangsa dan berdepan dengan masalah penglihatan melecur selepas rumah diorang di Lorong Sawa 3, Kempas Baru terbakar akibat dilempar bahan mudah terbakar.

Apa yang tak puas hati sangat tu?? Bakar rumah orang bagai. Ingat sehinggit dua ke nak buat rumah!!

Masa kejadian tu Noridah Omar, 59, menjaga cucu dia, Nazerah Mohamad Haikal sementara tunggu mak bapak budak tu pulang. Bapa mangsa, Mohamad Haikal Tukiman, 32, mendakwa kebakaran tu mungkin berlaku akibat molotov koktel yang dibaling individu tak dikenali.

“Saya syak ia ada kaitan dengan seorang pelanggan saya. Baru-baru ini, seorang pelanggan tidak puas hati apabila kereta yang dihantar ke bengkel membaiki kenderaan milik saya sejak Julai lalu masih belum siap.

“Saya memang tidak ada musuh tetapi ada seorang pelanggan yang tidak puas hati dan menuduh saya sengaja melambat-lambatkan kerja pembaikan kereta itu. Saya mengesyaki perkara itu ada kena mengena dengan kejadian ini,” kata Mohamad Haikal Tukiman.

Munurut Mohamad Haikal, pelanggan tu ada bagitau akan bakar kereta dia kalau kereta lelaki tu tak dibaiki menjelang dibaiki menjelang akhir bulan ini.

Isteri Mohamad Haikal, Norainnizah Mohamad, 25, masa kejadian berada di tempat kerja bergegas pulang selepas menerima panggilan telefon berhubung kejadian yang menimpa anak perempuan dan ibu mentuanya.

“Saya terus ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan apabila tiba di unit rawatan rapi (ICU), anak saya diberi ubat pelali,” kata Norainnizah Mohamad. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small