Presiden KAFA Berhutang Bank Untuk Bayar Gaji Pemain

Tan-Sri-Annuar-Musa-2Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mendedahkan beliau terpaksa membuat pinjaman bank sekali lagi untuk melunaskan gaji pemain-pemain Kelantan.

Annuar menjelaskan tindakannya itu bertujuan untuk mengekalkan semangat pemain-pemain, menjelang aksi menentang Felda United dalam saingan Piala Malaysia 2015.

“Apek, Ropy, Amutu dan pemain pemain lain bertubi-tubi menghantar masej pohon saya ikhtiar gaji. Saya sangat terharu. Saya juga terharu dengan komitmen pemain kita tundukkan Selangor di gelanggang lawan.

 

Sementara ikhtiar sedang saya usahakan berbagai cara, saya mahu pemain beraksi lawan Felda penuh semangat. Justeru saya buat keputusan nekad untuk meminjam sekali lagi dari bank agar Khamis lusa setiap pemain The Red Warriors dapat gaji melalui cek saya sendiri. Bank bersetuju beri fasiliti secara bercagar. Esok saya urus. Cuma minta pemain beri yang terbaik demi maruah negeri kita Kelantan,” katanya dalam laman facebook miliknya.

Dalam “posting” yang berlainan Annuar berkata, setakat ini pihaknya sudah berbelanja RM11 Juta, berbanding RM8 juta untuk tahun 2014.


“19hb The Red Warriors bertemu Felda. Satu lagi perlawanan yang sukar buat pemain. Apa lagi dalam keadaan gaji mereka yang belum selesai sepenuhnya. Tahun 2014, RM8 juta cukup untuk bajet setahun. Tahun ini baru 9 bulan (Nov-Ogos), kita sudah keluarkan RM11 juta (termasuk dgn berhutang) sehingga kering segala dana..dan masih ada 4 bulan utk di harungi.

“Detik paling sukar untuk pengurusan terutama sejak stadium sering separuh kosong sejak April lalu. Tiada lagi pendapatan bulanan dari gate collection. Sekali lagi KAFA menulis surat kepada YAB MB pohon sumbangan RM2 juta. KAFA sudah pun terima 2 juta dari kerjaan persekutuan Mei lalu dan telah digunakan untuk 2 bulan gaji.

“Usaha sedang dibuat termasuk memohon dari FAM dan lain-lain. Gaji yang terlalu tinggi dan prestasi yang tidak menentu kini benar-benar sukar buat pengurusan. Namun segala usaha dibuat. Pemain juga diberi pilihan untuk berehat/cuti sekiranya mereka mahu, sehingga gaji mereka mampu kita bayar,” tulis Annuar.

Sumber Stadiumastro

Comments

comments

ep2p-2