Presiden Gerakan Mahasiswa UKM Parah Ditoreh Dalam Kampus

Tragedi mengerikan terjadi ke atas Presiden Gerakan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Shahir Rahimi, 22. Dia kena serang dalam kawasan kampus UKM berhampiran Kolej Kediaman Ibrahim Yaakob.

Difahamkan, kejadian berlaku sekitar jam 4 pagi, Shahir merupakan pelajar Fakulti Pengajian Islam ditoreh menggunakan senjata tajam, di kepala dan badan selain disimbah sejenis cat.

Kejadian tu dimaklumkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu yang juga Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Lee Chean Chung menerusi status Facebook dia.

Menurut Chean Chung, doktor yang merawat Syahir bimbang jika cat yang disimbah tu mengandungi racun yang boleh merbahayakan nyawa. Shahir kini di rawat di Hospital Serdang.

“Kes ini berkemungkinan besar berkaitan dengan pilihan raya kampus. Saya mengecam tindakan kejam ini dan mendesak polis menjalankan siasatan segera,” tulis Lee Chean Chung di laman Facebook dia.

Kepala ditorehnya! Ngeri!! Kalau libatkan pilihan raya aje, mesti ada yang tak puas hati dan dengki kan?? Kekejaman menjadi ‘senjata’ diorang nak lempiaskan ketidakpuashatian tu!! Tapi kesian la yang menjadi mangsa kekerasan diorang yang tak bertamadun ni, menganggu orang aje! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small