Penyokong DAP ugut nak rogol anak gadis melayu.

Biadap dan cukup kurang ajar apabila blogger seks pengecut yang hidup sebagai pelarian yang diburu di Amerika Syarikat, Alvin Tan tampil menerusi status di laman Facebook miliknya membuat ugutan untuk merogol anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Alvin yang merupakan penyokong kuat DAP itu berkata, untuk mencapai impian hidupnya yang seterusnya beliau mahu mengadakan hubungan seks dengan NurulHidayah kerana bagi dirinya NurulHidayah begitu cantik.

“Impian hidup saya yang seterusnya adalah untuk melakukan seks bersama anak perempuan Zahid Hamidi,” tulis Alvin Tan menerusi status di laman Facebook miliknya.

Itu adalah satu kenyataan yang kurang ajar kerana boleh dianggap sebagai cubaan untuk merogol, apatah lagi kenyataannya itu dituju kepada perempuan yang muslimah yang mempunyai agama dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Beginikah pemimpin DAP mendidik penyokong mereka dengan bertindak kurang ajar kepada orang Islam???

Alvin yang memuat naik status itu mendapat kecaman hebat dari pelbagai pihak kerana secara jelas status itu sabagai satu ancaman kepada puteri Menteri Dalam Negeri itu.

Bagaimanapun, Alvin membalas kecaman tersebut dengan mengatakan pengguna Facebook lemah dalam bahasa inggeris kerana tidak dapat membezakan perkataan ‘rape’ dan ‘f**k’.

“Biasalah… Bila tahap Bahasa Inggeris sampai ke longkang je, ‘f**k’ dan ‘rape’ pun tak tau nak bezakan,” tulisnya.

Hidup Alvin bagaikan tikus longkang hanya berani di laman sosial tetapi takut untuk pulang berdepan tindakan. Jangan jadi pengecut dengan hidup sebagai pelarian di negara orang!!!-AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-2