PAS akan lawan DAP habis-habisan di seluruh negeri Johor.

Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed memaklumkan Pas Johor kini sedia untuk meletakkan calon di semua kerusi yang ditandingi DAP pada pilihan raya umum akan datang selepas parti Islam itu tidak lagi bersama pakatan pembangkang.

Mahfodz berkata, selepas bersendirian dalam politik tanpa DAP dan PKR, Pas tidak lagi teragak-agak untuk meletakkan calon di kawasan semua kerusi di negeri Johor.

Jelasnya, Pas akan meletak calon di semua kerusi yang ditandingi DAP kerana Pas tidak lagi menghormati DAP sebagai rakan parti sebaliknya DAP telah menjadi musuh utama parti Pas.

Tambahnya, lagipun Pas akan membuktikan bahawa Pas mempunyai kuasa penyokong lebih ramai berbanding DAP yang selama ini menyangka pakatan mampu menawan beberapa negeri atas hasil usaha mereka.

“Kalau dulu kita hanya bertanding di 29 kawasan di Johor, akan datang mungkin lebih… mungkin sampai maksimum… mungkin 40.

“Kita akan bertanding di mana-mana mereka (DAP) bertanding . Walaupun tidak ada komponen daripada bangsa lain, tetapi Pas akan memberikan peluang kepada Dewan Himpunan Penyokong Pas untuk bersama bertanding pada PRU akan datang,” kata Mahfodz.

Agak menarik jika pilihan raya akan datang Pas akan meletakkan calonnya di kerusi yang ditandingi DAP. Ini akan membuktikan bahawa Pas juga mempunyai sokongannya tersendiri sekaligus akan membuktikan bahawa Pas juga mempunyai pengaruh yang kuat untuk pakatan memenangi beberapa negeri pada PRU lepas.

Malah, diharapkan juga Pas meletakkan calon mereka bagi di luar negeri Johor yang ditandingi DAP bagi mengajar erti hormat untuk pemimpin-pemimpin DAP yang pada hari ini semakin biadap pada pemimpin Melayu Islam.

Pasti DAP akan terasa tertekan dengan permainan yang dilakukan Pas untuk mengajar parti Cina itu agar menghormati dasar perjuangan parti lain-lain selepas sering menyalahkan parti Islam itu dalam apa jua masalah.

Apa-apa pun diharap Pas dapat mengekalkan kemahuan mereka untuk bertanding di semua kerusi yang ditandingi dan tidak membuat pusingan U pada saat-saat akhir bagi mengajar DAP yang tidak mempunyai pengaruh pengundi kaum Melayu walaupun telah menjadikan Mat Sabu sebagai kambing hitam untuk menarik pengundi kaum Melayu.-Utaranews.com-

ep2p-5small