Parti Mat Sabu tak akan lawan PAS di Kelantan

Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah memaklumkan, pemimpin PAN sedia membantu Pas mengekalkan kerajaan Pas di Kelantan yang telah dibina Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak lebih 25 tahun lalu.

Rahim berkata, mereka sedar dengan penubuhan parti baharu ini telah menjadi punca kejatuhan Pas namun, demi menghargai pengorbanan dan jasa Allahyarham Tok Guru, pemimpin-pemimpin PAN akan membantu Pas untuk mengekalkan negeri itu sebagai kerajaan Pas.

Jelas Rahim, mereka tidak mahu dengan kehadiran PAN menjadi punca kejatuhan kerajaan Pas di Kelantan yang telah terbina lebih 25 tahun.

Beliau juga menyarankan Pas agar tidak khuatir dengan penubuhan Pas kerana beliau tidak sama sekali akan menarik ahli Pas untuk bersamanya menyertai PAN tetapi akan menarik ahli Pas yang telah bersama dengannya selama ini.

“Saya berpesan kepada 33 ahli jawatankuasa (AJK) Pas kawasan Kota Baru yang saya tinggalkan agar terus kekal dalam parti itu untuk mengelakkan ketegangan.

“Saya akan mencari ahli Amanah lebih di kalangan yang belum berpati di samping di kalangan ahli Pas yang memang bersama. Saya akan buktikan kepimpinan Amanah Kelantan lebih ramai di kalangan yang bukan ahli atau pemimpin Pas sebelum ini,” kata Wan Abdul Rahim.

Dalam masa sama, beliau turut memaklumkan barisan kepimpinan Amanah Kelantan akan diumumkan 11 September ini.

Beliau yang begitu yakin dengan penubuhan PAN berkata, daripada 80,00 pengundi di Kelantan, hanya kira-kira 8,000 sahaja ahli Pas ketika ini dan selebihnya 72,000 pengundi tersebut beliau akan pastikan mereka menyertai PAN .

“Saya akan memberikan fokus kepada 72,000 pengundi yang belum menjadi ahli Pas untuk menjadi ahli dan pemimpin Amanah di Kelantan,” katanya.-Utaranews.com-

ep2p-2