Papan Tanda Tulisan Jawi Terbalik Di Melaka Menyakitkan Mata.

Kan elok kalau tulisan tu disusun betul-betul, senang bagi orang yang nak membacanya. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman, setiap papan tanda baharu yang tertera ejaan rumi dan jawi perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan penggunaan ayat yang tepat.

Dia menegaskan syarikat pengiklanan yang dipertanggungjawabkan patut merujuk terlebih dulu rekaan tulisan papan tanda kepada PBT bagi mengelak kesalahan papan tanda sebagaimana yang dilaporkan berlaku di Taman Teknologi Cheng, Taman Intekma dan Taman Lendu.

“Kebanyakan kesalahan tulisan jawi pada papan tanda berpunca daripada pihak pengiklanan tidak merujuk terlebih dahulu kepada PBT iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG),” kata Datuk Ismail Othman .

Difahamkan, isu pasal penggunaan ejaan jawi salah dan dibaca terbalik pada papan tanda yang diletakkan Taman Teknologi Cheng, Taman Intekma dan Taman Lendu ni menjadi viral di laman sosial, Facebook selepas dimuat naik, baru-baru ini sehingga menjadi bahan kritikan pelbagai pihak.

Berdasarkan tinjauan BH di Cheng, semalam mendapati pihak pemaju sudah menggantikan papan tanda baharu Taman Teknologi Cheng tetapi masih belum menyiapkan ejaan jawi baharu. Tinjauan di Alor Gajah pula mendapati, pemaju sekadar menurunkan papan tanda di Taman Intekma dan Taman Lendu Ilmu.

Sementara itu, Yang Dipertua MPAG, Datuk Murad Husin, menetapkan syarat baharu kepada pemaju perumahan supaya mengemukakan dokumen kepada PBT tu sebagai syarat kelulusan pemasangan papan tanda dan nama jalan dalam tulisan jawi.

“Jika pemaju gagal mengemukakan dokumen terbabit ketika permohonan, kita akan tangguhkan kelulusan mendapatkan Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) sehingga dokumen itu diserahkan. Mengikut undang-undang PBT pun, mereka boleh dikenakan denda.

“Proses ini bagi mengelak orang ramai keliru dengan tulisan jawi seperti pada papan tanda sebelum ini di Taman Intekma dan Taman Lendu Ilmu, Jalan Intekma 1, di Alor Gajah,” kata Datuk Murad Husin .

Harap-harap ada kemajuan la lepas ni ye. Jangan tau main pasang je papantanda macam tu.., salah atau betul dorang main hentam aje. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2