Siapakah Omar Abdulrahman? Walaupun tidak berada dalam senarai penjaring namun tiba-tiba namanya menjadi sebutan susulan watak dalangnya dalam sejarah hitam bola sepak Malaysia.

Baru berusia 24 tahun, dia memainkan peranan besar dalam menjana serangan berbahaya Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Stadium Mohammed Bin Zayed, Abu Dhabi malam tadi dengan 10 gol yang dihasilkan UAE, tujuh daripadanya adalah hasil bantuan golnya.

Pemain yang digelar Amoory ini memiliki hantaran yang cukup sempurna buat pasukannya.

Siapa sangka dia sebenarnya adalah pemain imigran dari keluarga Yaman yang berhijrah ke Riyadh, Arab Saudi. Pada asalnya dia hanya menendang bola di kaki lima sahaja, sebelum nasibnya berubah selepas seorang pencari bakat bernama Abdulrahman Eissa terpesona dengan bakatnya ketika bermain berhampiran di sekitar Stadium Prince Faisal bin Fahd.


Kemudian usaha keras dilakukan untuk memberinya peluang di peringkat lebih tinggi, namun kerajaan Arab Saudi hanya bersedia memberikan kerakyatan kepadanya seorang sahaja.

Hasil usaha keras pencari bakat itu telah berjaya meyakinkan kelab Al Ain yang berpangkalan di Abu Dhabi, lalu menawarkan kerakyatan UAE kepada seluruh ahli keluarganya.

Terhutang budi dengan kepercayaan yang diberikan kerajaan UAE, Amoory menjadi contoh pemain naturalisasi yang benar-benar membawa pulangan besar kepada negara itu.

Pemain kidal ini pernah menjalani pemilihan bersama Manchester City selama dua minggu pada 2012 dan ditawaran kontrak empat tahun, namun terhalang dengan beberapa masalah peribadi selain ranking UAE.

Walaupun beberapa kelab gergasi Eropah seperti Benfica, Arsenal dan Barcelona masih cuba memikatnya, Amoory tetap setia dengan Al Ain dan mencipta gandingan berbisa dengan Asamoah Gyan.

Comments

comments