Ngeri! Budak Maut Kepala Tertusuk Besi Pemijak Kaki Motosikal.

Seorang budak lelaki baru berusia dua tahun aje, maut selepas kepala dia tertusuk besi pemijak kaki motosikal. Ngerinya. Macam la keadaan dia time kena tu ye. Difahamkan, motor tu terbalik di rumahnya di Felda Pasir Besar.

Kejadian tu berlaku kira-kira jam 11.15 pagi, mangsa dan abang dia yang berusia empat tahun, dikatakan main berhampiran dengan motor tu. Motor tu pula diletakkan bersebelahan tebing setinggi kira-kira semeter di rumah diorang. Benda nak jadi, sekejap aje.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abbas, pihak  dia dimaklumkan motosikal tu tiba-tiba terbalik dan jatuh bersama budak lelaki tu dari tebing rumah diorang.

“Ketika bomba tiba, abang mangsa didapati patah tangan, manakala mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Kita memotong besi pemijak motosikal itu bagi membolehkan mangsa diangkat untuk dihantar ke Hospital Tampin,” kata Syed Ammar Syed Abbas.

Budak besar tu memang suka memanjat terutamanya kalau ada motor park depan rumah. kalau tak ada orang perhatikan diorang main kat luar, cepat-cepat diorang panjat. So, kalau lepas ni park motor tu, park tempat yang lebih selamat dan jauh dari anak-anak korang yang kecik-kecik. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2