Muhyiddin tak suka pemimpin yang galakkan perkauman di Malaysia.

Pertelingkahan antara kaum semakin menebal di negara ini, isu perkauman yang dahulunya tidak pernah menjadi pertikaian tapi kali ni sedang berada di puncak yang agak membimbangkan.

Kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, apa-apa bentuk provokasi yang melampau dan boleh menjejeaskan persaudaraan antara kaum harus dihentikan dengan segera sebelum ianya menjadi racun kepada kesejahteraan negara.

Walaupun negara kita sudah lama merdeka dan mempunyai perbagai kaum, sepatutnya kita perlu lebih bersifat open minded dan minda kita tidak dijajah dengan anasir jahat yang boleh meleraikan pertalian antara kaum.

“Perkara ini tidak boleh dipandang ringan dan jika berlarutan akan menerbitkan sifat perkauman yang menebal hingga menyebabkan mereka saling mencurigai antara satu sama lain.

“Lebih memburukkan keadaan apabila sentimen berkenaan dibangkitkan pemimpin politik berlagak seperti hero dan mempunyai agenda tersembunyi,” katanya.

Isu-isu sensitif yang menyentuh soal perkaum haruslah diselesaikan secepat mungkin supaya rakyat tidak terus bermusuh dan berusuhan antara satu sama lain. Seterusnya membuatkan mereka berasa seperti takut dan was-was di negara sendiri.

Tambahnya lagi, Muhyiddin juga berharap agar pemimpin dapat menstabilkan kembali keutuhan dalam politik, menyelesaikan masalah ekonomi dan kejatuhan wang ringgit. Dia juga mempertahankan haknya untuk bersuara kerana negara kita masih lagi mengamalkan sikap demokrasi, tiada halangan untuk bersuara.

“Sudah menjadi prinsip saya untuk bercakap benar tentang perkara membabitkan kepentingan negara dan juga rakyat.

“Ini tanggungjawab pemimpin untuk bercakap benar dan tidak pecah amanah,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2