Malaysia Tempang Bertemu Thailand Di Separuh Akhir AFF B19

Skuad bawah 19 tahun negara di saingan AFF b-19 tahun kini perlu meneruskan perjuangan tanpa tiga tonggak utama pasukan, di peringkat separuh akhir berdepan Thailand pada Rabu.

Tonggak pertahanan Hafiy Haikal Ismail, Danish Haziq Saipul dan penyerang utama, Muhammad Jafri Muhammad Firdaus masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan masing-masing.

Pengendali negara, Hassan Sazali Waras enggan mengambil risiko menurunkan tiga pemain tersebut berdepan Thailand kerana kelibat mereka masih diperlukan pada saingan kelayakkan AFC, Oktober depan.

“Saya baru mendapat laporan daripada fisioterapi pasukan, mereka masih lagi mengalami kecederaan dan belum bersedia untuk diturunkan berdepan Thailand esok. Jadi saya tidak mahu mengambil risiko terlalu tinggi dan apa yang lebih penting adalah persediaan mereka dalam menghadapi kelayakan AFC yang bermula 2 Oktober nanti,”katanya.


Biarpun tanpa tiga tonggak tesebut, Hassan tetap optimis pengganti mereka mampu menggalas tugas dalam kesebelasaan utama pasukan.

Hassan mahu pemain kembali menjelmakan tahap keupayaan sebenar, selepas berhempas pulas mengharungi jadual padat, untuk ke separuh akhir.

“Mereka telah berusaha gigih menghadapi empat perlawanan berturut-turut dalam masa satu minggu. Jadi peluang ini terbuka kembali kepada mereka. Saya harap dengan peluang ini mereka belajar daripada kesedaran dan mengambil kesempatan ini untuk memberi saingan terbaik kepada Thailand kelak

Aksi tanpa tewas Vietnam memberikan mereka muncul selaku juara kumpulan B dengan 10 mata, sementara Malaysia yang berada di kedudukan kedua, mengiringi ke separuh akhir dengan mengumpul 7 mata, memiliki kelebihan jaringan berbanding Myanmar yang turut mengumpul 7 mata.

Bagaimanapun laluan Malaysia lebih berliku apabila perlu berdepan Thailand selaku juara kumpulan A. Sementara Vietnam akan menentang pasukan tuan rumah, Laos.

Kedua-dua perlawanan boleh disaksikan secara langsung di Astro Arena pada Rabu ini, jam 4.45 petang dan 7.45 malam.

Sumber Stadiumastro

ep2p-2