Mahathir kembali meroyan bila Amerika tak tangkap Najib

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang lantang mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi mengkritik Perdana Menteri itu dengan mengatakan tiada tindakan yang dapat diambil ke atas Najib memandangkan kedudukannya yang tinggi.

Mahathir berkata, negara luar ataupun pihak berkuasa luar negara tidak dapat mengambil apa-apa tindakan terhadap Najib walaupun menyedari perdana menteri itu jelas melakukan pengubahan wang haram.

“Saya tidak fikir komuniti antarabangsa akan buat apa-apa. Kerana anda pun tahu, mereka menentang pengubahan wang haram.

“Jika kita dapati ada wang yang dipertikaikan, kita bekukan akaunnya, tetapi mereka tida buat apa-apa,” kata Mahathir.

Mahathir turut menambah ceritanya itu dengan mengatakan jika beliau yang melakukan pengubahan wang haram itu, sudah pasti beliau lebih awal dikenakan tindakan oleh kuasa luar kerana kedudukan beliau kini sebagai rakyat biasa.

“Jadi semua cakap-cakap tentang pengubahan wang haram ini hanya terhad kepada orang kecil. Kalau saya yang terlibat pengubahan wang haram, saya ungkin ditangkap. Tetapi kalau anda memegang jawatan tinggi, anda dikecualikan,” katanya.

Kenyataan Mahathir ini agak berbelit apabila sebelum ini beliau pernah mengatakan Najib akan dikenakan tindakan oleh kuasa luar apabila Najib jelas telah melakukan kesalahan dengan kedudukannya.

Namun pada hari ini, Mahathir yang seolah-olah tahu mengenai semua tingkah laku Najib hari ini mengatakan sesuatu yang agak ‘bodoh’ apabila mengatakan Najib tidak dikenakan tindakan oleh kuasa luar disebabkan kedudukannya.

Jika benar Najib telah melakukan pengubahan wang haram, tidak kiralah kedudukannya yang tinggi mahupun sebaliknya, ia pasti sudah dikenakan tindakan oleh kuasa luar kerana ia sememangnya jelas melakukan kesalahan dan komuniti luar memandang serius perkara ini.

Tetapi sebaliknya, Najib sehingga kini tidak dikenakan sebarang tindakan, malah sempat mengadakan lawatan kerja di Amerika Syarikat (AS).-Utaranews.com-

ep2p-2