Lelaki Acu Pistol Paksa Budak Oral Dalam Surau

Perangai tak senonoh!! Seorang lelaki berusia 36 tahun yang diburu polis selepas didapati melakukan seks oral ke atas seorang budak perempuan di dalam surau di Ampang baru-baru ini berjaya ditahan polis di kedai makan di Kampung Tasik Permai.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad, suspek sebelum ni pernah melakukan perbuatan terkutuk itu pada 3 Disember lalu dengan mengacukan senjata dipercayai revolver dan memaksa mangsa melakukan seks oral sebelum mencabul.

Difahamkan, polis yang menerima maklumat berhubung kejadian tu bertindak mengesan suspek sebelum menemui dia di sebuah kedai makan semalam.

“Ketika ditahan berlaku sedikit pergelutan apabila suspek bertindak ganas dan cuba melarikan diri.

“Malah pemeriksaan lanjut menemui satu objek menyerupai revolver di dalam beg pinggang miliknya. Bagaimanapun siasatan mendapati ia adalah revolver palsu,” kata Khairuldin Saad .

Mak bapak diluar sana tu pantau anak-anak korang dengan baik-baik, jangan dibiar anak-anak keluar bersendirian. Ramai penyagak berbahaya kat luar tu! Bahaya betul la manusia sekarang ni. Nak keluar rasa tak  aman lagi, kiri kanan penuh dengan penyagak! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-5small