KJ salahkan FAM bila Ultras mengamuk dalam Stadium.

Selepas menanggung malu akibat ekoran kekalahan skuad kebangsaan ketika menentang Emired Arab Bersatu (UAE) 10-0 minggu lalu, negara sekali lagi terpaksa menanggung malu ketika skuad kebangsaan menentang Arab Saudi di Stadium Shah Alam malam semalam ekoran tindakan liar penyokong pasukan Malaysia.

Tindakan liar penyokong tersebut dikatakan telah dirancang lebih awal lagi bagi mendesak Persatuan Bola Sepak (FAM) dirombak semula ekoran prestasi skuad Harimau Malaya tidak memberangsangkan sejak hampir 31 tahun ini.

Malah, terdapat juga khabar dari stadium bola kedai mamak mengatakan tindakan liar itu dibuat selepas penyokong setia pasukan Harimau Malaya ini di ‘troll’ oleh Presiden FAM yang mahu melepaskan jawatan tetapi akan melepaskannya bila tempoh yang diberikan tamat iaitu sehingga 2018.

Walau bagaimapun, tindakan liar penyokong itu membuatkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin tampil menuding jari menyalahkan FAM dengan insiden yang memalukan negara itu.

Khairy berkata, tindakan liar itu berpunca dari FAM yang gagal mengawal penyokong bola sepak yang membawa bahan terlarang ke dalam stadium dan ia amat memalukan negara.

Khairy turut mempertikaikan bagaimana kawalan yang dilakukan oleh pihak FAM sehingga penyokong berjaya membawa masuk suar dan mercun ke dalam stadium.

“Saya ada di stadium malam ini. Melihat sendiri insiden yang memalukan. Baling suar salah. Kawalan stadium gagal.

“FAM gagal mengawal stadium sendiri. Tindakan penyokong membaling suar adalah salah. Kedua-duanya bersalah malam ini,” tulis Khairy menerusi akaun Twitter miliknya.

Patutkah Khairy menyalahkan pihak lain walhal beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan mempunyai hak untuk mencampuri permasalahan yang menimpa skuad kebangsaan untuk menambaik baik.

Jika difikirkan dengan baik, jika Khairy dapat memainkan peranannya sebagai seorang menteri KBS, pasti beliau telah lama mengambil langkah untuk menyelamat sang Harimau Malaya ini dari terus menjadi parah.

Tetapi apa yang mengecewakan, beliau terus menuding jari menyalahkan pihak lain yang menyebabkan Harimau Malaya terus longlai sehingga hari ini. Begitukah tugas seorang menteri??-AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-2