Kisah SERAM kehidupan Anwar Ibrahim kini dibukukan..

Amboiiiii… Sengsara sungguh noh si Anwar Ibrahim tu sampai bibik-bibik kisah hitamnya boleh dibuat buku! Banyak sangat ka kisah silam yang hitam?? Ni mesti jahat sangat ni sebab tu banyak sangat orang tak puas hati dan balas balik atas setia perbuatan yang si Anwar tu buat haha!

Kisah-kisah seram kehidupan Anwar ditulis sendiri oleh peguam jenayah dari Australia, Mark Trowell dan buku bertajuk ‘The Persecution of Anwar Ibrahim’ telah pun dilancarkan oleh Mark Trowell dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kelab Diraja Selangor Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, malam tadi.

Kononnya dalam buku kesengsaraan tu dorang nak bagitahu la yang kerajaan ni dah salah guna kuasa. Guna kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri sehingga menganiayai orang lain.

Cehhhh.. sendiri dah buat salah lepas tu nak leper taik dekat orang pulak yer. Peguam dan aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, mereka yang membenarkan salah guna kuasa itu terjadi pastinya akan memakan diri mereka sendiri suatu hari nanti.

“Dalam erti kata lain, anda yang mencipta masalah, esok ia akan memakan diri anda sendiri.

“Kami yang berurusan dengan undang-undang sentiasa mempunyai tanggungjawab yang besar dalam berkata benar terhadap Perlembagaan, kepada kedaulatan undang-undang,” katanya.

Ambiga siap tolong ulas dan flashback balik bagaimana si Anwar tu dibelasah ketika pertama kali dipenjarakan pada tahun 1998. Aloloooo… Kesiannya, normal la tu kalau kena belasah kat dalam penjara huhu.

“Anwar menggambarkan kepada saya keadaan pada malam itu, beliau berkata tangannya diikat dan matanya ditutup dan ditendang secara kejam dan ditumbuk. Beberapa pegawai polis muda membantunya.

.”Anwar berkata, tanpa pertolongan mereka, beliau mungkin sudah mati,” katanya.

Si Ambiga ni pun kalot sangat la nak rakyat Malaysia tahu bagaimana tersiksanya tuan mereka pada suatu ketika dulu di penjara dan bagaimana Anwar merangkak untuk menghabiskan sisa hidupnya selama 6 tahun di penjara atas tuduhan rasuah dahulu. Cehhhh..

Lepas ni suruh dorang tulis pulak kisah hidup semua banduan kat dalam penjara tu, rakyat Malaysia pun nak tahu jugak kisah hidup dorang, bukan si Anwar ni ye.-TiraGomez/UtaraNews.com

ep2p-2