Khairy-FAM-300x202KUALA LUMPUR: Pengambilan jurulatih bola sepak negara secara terbuka adalah keputusan terbaik supaya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat melihat dan menilai calon yang layak.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, berkata proses berkenaan dapatmembantu FAM membuat pertimbangan sewajarnya.

“Saya serahkan proses pengambilan jurulatih secara terbuka ini kepada FAM…memang hak mereka untuk memilih jurulatih. Pada pandangan saya, lebih baik kita buat secara terbuka.

Namun, kita kena lihat siapa yang tampil untuk buat pembaharuan dalam sistem kejurulatihan bola sepak negara ini,” katanya ketika mengulas mengenai kekosongan jawatan ketua jurulatih kebangsaan selepas peletakan jawatan Dollah Salleh pada 4 September lepas susulan kekalahan 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).


FAM melalui laman web rasminya berkata mereka mempunyai tempoh masa antara sebulan hingga tiga bulan iaitu selewat-lewatnya hujung Disember ini untuk menamakan ketua jurulatih baharu.

Jawatan itu diiklankan dan ia terbuka untuk dimohon oleh jurulatih asing mahupun jurulatih tempatan.

Khairy berpendapat adalah tidak perlu untuk mengambil jurulatih dari luar namun keputusan itu adalah terpulang kepada pihak FAM.

Dalam tempoh sehingga ketua jurulatih kebangsaan yang baharu dinamakan, Datuk Ong Kim Swee kekal sebagai jurulatih sementara skuad kebangsaan.

Comments

comments