Kemaluan Lelaki ‘Dipanaskan’ Kerana Curang

Di Mount Barker, Australia Selatan, seorang perempuan yang dikenali Bronwyn Parker, 22 buat sesuatu yang mengejutkan dan luar kawalan. Tapi korang mesti akan kata ‘padan muka’ kat lelaki tu lepas ni.

Bukannya apa kan, sebelum ni pakwe Si Bronwyn pernah buat satu perjanjian masa tengah sweet-sweet bercinta ni. Ala pasangan bercinta ni kan suka sangat berjanji bagai masa tengah hangat bercinta. Kononnya tak nak curang la dan cinta seumur hidup la, kan?

Cenggini juga la si pakwe Bronwyn ni pun berjanji tak akan curang dengan Bronwyn. Difahamkan, kalau si pakwe ni curang dia akan terima balasan yang ‘setimpalnya’. Janji tu sekarang makan diri sendiri selepas si lelaki didapati curang

Menurut Bronwyn, dia bagitau polis dia just letak pemanas rambut bagi lurus tu selama beberapa saat aje kat kemaluan lelaki tu dan ingat kesan tu macam kena dengan selaran matahari aje.

“Ia kelihatan coklat sekitar luar dan ia tidak kelihatan terlalu buruk dan kelihatan seolah-olah masak sekeping daging,” kata  Brouwyn.

Menurut Hakim Paul Muscat, ni dipanggil jenayah ‘luar biasa’ dan dia memberitahu Bronwyn, lelaki tu akan ‘berparut seumur hidup’ dan zakarnya mungkin tak berfungsi dengan baik lagi.

Disebabkan perbuatan Bronwyn tu, ‘kecederaan’ tu ambil masa dua tahun untuk sembuh. Bronwyn didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara selama sembilan bulan. Lepas ni serik la nak curang noh! Ni pun ambil masa terlampau lama nak sembuh. Hihiihiiihii.. MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2