Kapal Selam Tentera Laut Australia timbul di laut P.Pinang

Ramai penumpang Feri di P.Pinang pagi ini terkejut dengan kehadiran sebuah kapal selam yang terapung di antara laluan Feri berhampiran dermaga Pelabuhan Penang Port.

Kehadiran Kapal Selam milik Tentera Laut Australia tersebut menjadi perhatian ramai rakyat P.Pinang khususnya penumpang Feri yang sedang berulang alik dari Pulau ke Tanah Besar.

Menurut makluman, Kapal Selam milik Tentera Laut Australia itu sedang didalam program latihan bersama Tentera Laut Malaysia disini. – Utaranews.com

ep2p-5small