Filem lakonan Mahathir bakal kalahkan KL Gangster??

Hebat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kita ni ye dari kancah politik terjun ke kancah hiburan tanah air. Mmm… tapi tak ‘kayu’ ke lakonan bekas perdana menteri kita ni ye???

Yela.. Mahathir pun kata dia terpaksa ulang banyak kali scene yang dia lakonkan. Kira lakonan ‘kayu’ laa tu kan??

“Sampai sekarang saya masih gementar, saya diberi skrip pada hari pengambaran dan latihan beberapa minit sahaja.

“Secara keselururhannya, saya ada beberapa kali terpaksa ulang semula lakonan,” kata Mahathir.

Oppss… lupa pula.. Mahathir kan ‘terror’ bab berlakon ni. Kalau nak berlakon apa-apa serah je kata Mahathir ni. Tengok jelaa lakonan dia sekarang yang duk tak habis-habis nak menjatuhkan Najib.

Sudahlah tembelang Mahathir ini semakin hari semakin terbuka besar, tapi di boley berlakon macam takda papa pun dan macam takda bersalah terhadap negara.

Yang bestnya, kalau lakonan watak antagonis dia tak jadi, dia akan tukar jadi watak baik pula… Last-last tukar watak buat watak sedih pula konon orang akan simpati kat dia laa.

Mmm.. nak tanya juga laa.. Filem lakonan Mahathir mampu pecah panggung ke ye?? Yela kan, duk dengar dia punya penyokong lagi ramai dari penyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Kalau dah nama penyokong mestilah kena ‘support’ tengok cerita lakonan ‘kayu’ Mahathir ini kan?? betoi tak?? Kan tak ‘support’ merajuk pulak orang tua tu.

Lagi satu ni, kalau boleh ‘support’ filem tu biar sampai pecah panggung… pecah kutipan rekod Skop Production melalui cerita ‘KL Gangster’. 

Kalau dah pecah rekod tu, nanti boleh lah Mahathir pergi anugerah pasal filem-filem ni. Mana tahu rezeki Mahathir dapat kalahkan artis paling Popular seperti Aaron Aziz dan Shaheizy Sam.-AndyBolat/Utaranews.com-

ep2p-5small