tmj-letak-jawatan-pbnjTunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan harapannya untuk melihat ketua jurulatih import berpengalaman mengendalikan skuad negara dalam masa yang terdekat demi kebangkitan bola sepak Malaysia.

“Kami ternyata memerlukan pengalaman jurulatih asing tetapi ia terus dinafikan. Lihatlah dimana tahap kami sekarang,” tegasnya.

Tunku Ismail juga menjelaskan bahawa kehadiran jurulatih asing mampu berkongsi pandangan sekali gus melengkapakan pengendali tanah air supaya dapat menjalankan tugas mereka dengan lebih baik.


“Bagi saya, tidak ada guna menurunkan pemain bagus yang akan bermain untuk jurulatih yang kurang bagus. Kami seolah-olah masih berfikiran zaman 80an tetapi kalau kita dapat mencontohi negara yang memiliki ketua jurulatih yang berkaliber, kami mampu memperbaiki imej kami juga.

“Jurulatih kami harus belajar daripada jurulatih asing yang lebih berpengalaman sebelum memperbaiki diri sendiri” kata Tunku Ismail ketika bercakap mengenai sejarah hitam Malaysia diaibkan UAE 10-0 dalam ditemubual bersama BBC.

Sumber Stadiumastro

Comments

comments