Datuk Jamal dituduh pernah cuba rogol Artis Eina Azman.

Sejak dari semalam lagi telah viral satu pendedahan panas yang dilakukan oleh laman blog pro pembangkang mengenai “orang kuat” Himpunan Rakyat Bersatu, Datuk Jamal Yunos.

Blog berkenaan mendakwa Datuk Jamal adalah individu yang sama pernah dikaitkan dengan cubaan merogol seorang artis tak lama dulu.

Dakwaan berkenaan dibuat berhubung dengan pendedahan seorang facebooker yang mengakui mendengar sendiri tentang kejadian cubaan rogol itu dari tuan punya badan.

Individu yang menggunakan nama Rony Finster tersebut juga mendakwa Datuk terbabit mengugut artis berkenaan dengan menggunakan sepucuk pistol.

Ini adalah serangan pertama dari pihak pembangkang kepada Datuk Jamal selepas himpunan berkenaan berjaya menarik hampir 200 ribu umat melayu.

Tak mustahil akan ada lagi serangan-serangan serta khabar angin jahat yang di lemparkan selepas ini.

Diharap pihak Datuk Jamal tampil menjernihkan keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya kepada laman blog serta pemilik facebook berkenaan demi menjaga nama baiknya. – Utaranews.com

ep2p-5small