Budak Perempuan Nekad Terjun Dari Balkoni Kerana Lapar

Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun yang lapar nekad terjun dari balkoni rumah di tingkat dua perumahan penjawat awam di Presint 18. Dalam rumah dia tak ada makanan langsug ke???  

Difahamkan, budak perempuan tu ditinggalkan bersendirian dalam rumah dengan pintu berkunci. Mak bapak dia tinggalkan dia sorang-sorang dalam rumah tu??? Ishh, bahayanya!! Patut la budak tu nekad terjun.

Menurut Jiran budak tu yang enggan namanya disiarkan, dia terdengar dentuman kuat dan budak menangis di luar rumah. Dia pi tengok apa yang jadi lepas tu terkejut tengok budak perempuan tu mengalami kecederaan di bawah blok perumahan diorang.

“Dia menangis dan minta saya menghubungi ibunya. Apabila ditanya mengapa terjun, dia memberitahu dia takut dan lapar…nak pergi pejabat mama,” katanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan, budak perempuan tu dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya dan tak ada laporan polis dibuat. Pelik!

Sanggup noh tinggal anak yang masih tak tau nak berdikari tu sendirian di rumah. Budak tu maybe dia tak biasa dok sorang-sorang sebab tu takut, lepas tu kelaparan pula. Nak masak tak tau. Ish-ishh.. prihatin la sikit mak bapak dia tu! MissHana/Utaranews.com.

ep2p-2