Brownis kedut

 Asalamualaikum dan selamat pagi semua…. terjebak jugak sudahnya…. sana sini buat tayangan amal dengan brownis kedut ni, so memang teringin sangat nak mencuba dan ini lah kejadiannya… tidak seperti yang kak rose harapkan pasal rupanya tu… kedutnya tak tau pulak hilang entah ke mana????? tapi walaupun rupa parasnya sangat tak semenggah, rasa nya sangat lah umphhhh gitu… dan lepas sehari rasanya lagi moist n sedap sangat. terim kasih pada semua yang kongsikan resepi ya

kak rose mohon kopi kat sini resepi dari ita masam manis…. tengok step by step nya tu lagi la teruja nak buat…. mekasih ya ita, walaupun inilah rupa kejadian brownis kedut kak rose!

CHOCOLATE BROWNIES KEDUT
Resepi Oleh: Cik Cek
Di kongsikan oleh : Ayu
Rujukkan : Juicy Cake

400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil. Untuk dapatkan
bronies yang enak sebaiknya guna coklat masakkan yang baik kualiti dan
mutunya. Barulah rasa coklatnya lebih umph!
Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.

Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
Untuk rasa brownies yang lebih enak, pilihan serbuk koko juga amat
mempengaruhi kesedapan brownies. Pilihlah serbuk koko yang bermutu
tinggi untuk hasil brownies yang lebih lazat.
Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan.
Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika
dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan.
Kemudian gaul rata.
Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan
suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar
masing-masing.
Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.

ep2p-5small