Brendan Rodgers Enggan Layan Suara Sumbang

rodgersLIVERPOOL – Brendan Rodgers berkata dia tidak akan melayan suara-suara ‘sumbang’ yang mahukan dia berundur daripada jawatan pengurus skuad The Reds, selepas Liverpool menang 3-2 ke atas Aston Villa di Anfield semalam.

Spekulasi mengenai kedudukan Rodgers semakin rancak, de­ngan bekas pemain Liverpool tahun 1980-an, Mark Lawrenson memberitahu jika Liverpool tewas kepada Aston Villa, FC Sion dan derby menentang Everton akan membuatkan pengurus berusia 42 tahun itu dipecat.

Bekas kapten The Reds, Jamie Carragher, Graeme Souness dan Jamie Redknapp turut mengkritik Rodgers, serta terdapat khabar angin mengatakan bahawa dia boleh digantikan dengan pengurus terkemuka seperti Carlo Ancelotti atau Juergen Klopp.

Bagaimanapun, selepas menang ke atas Villa, Rodgers berkata: “Sudah tentu ramai yang masih tidak berpuas hati dan ini akan berterusan. Saya cukup yakin bahawa pasti terdapat sekumpulan yang tidak suka saya menjadi pengurus di sini.


“Tetapi, pada pandangan saya, kami jumlah kekalahan kami adalah kurang daripada Manchester City, Chelsea dan Arsenal. Kami tewas dua perlawanan, sama dengan Tottenham dan Manchester United yang masing-masing hanya sekali kalah.

“Jelas sekali, suara-suara sumbang itu membuatkan saya dan pemain lebih berwaspada. Kami kekal tenang, bekerja keras setiap hari dan akhirnya kami mendapat ganjaran.

“Namun, saya rasa semuanya sudah jelas. Ada kalanya kami bukanlah kalah dalam perlawanan, cuma kami tidak bermain dengan baik dan saya rasa, dengan suara-suara itu adalah orang yang tidak sukakan saya. Saya bercakap mengenai orang di luar sana.”

Liverpool gagal mencatat kemenangan dalam empat perlawanan sebelum ini, serta memerlukan sepakan penalti penentuan untuk menewaskan kelab divisyen empat Carlisle United dalam kempen Piala Liga pertengahan minggu lepas.

Namun, kedudukan Rodgers kini diperkukuhkan dengan kehadiran penyerang England, Daniel Sturridge yang meledak dua gol untuk jaringan pertamanya sejak me­ngalami kecederaan pinggul pada Mac lalu. – AFP

Comments

comments

ep2p-2