BONGKAR !!! Pasangan Penagih Pil Kuda Giat Aktif Menipu Orang Ramai

Berikut adalah kisah yang dikongsikan oleh mereka sebelum mengetahui perkara sebenar berkaitan dengan kegiatan suami isteri penagih pil kuda ini. Dua orang anak mereka hanya dijadikan “alat pancing” untuk orang ramai menagih simpati !

PENIPU BERNAMA : Ahmad Nasrul Bin Muhamamd Nasir (Suami)

MODUS OPERANDI MANGSA 1

Assalamuallaikum,

Lebih kurang jam 8.30 malam tadi,saya dan suami dari lundang menghala ke bandar baru kubang kerian,sampai di flyover pasir tumbuh,kami lihat ada sepasang suami isteri dan 2 orang anak kecil yg saya kira dalam lingkungan 4 tahun dan 3 tahun sedang berjalan kaki sambil si suami menolak motosikal nya yang rosak.

Saya tergerak hati meminta suami berpatah balik dan mendekati mereka. Hati wanita saya cukup sensitif bila melihat anak sekecil itu berjalan kaki di dalam gelap malam. Setelah mendekati saya bertanya itu dan ini…nak kemana dan mcm mcm lah. Saya difahamkan mereka telah berjalan kaki berempat sambil menolak motor dari Telipot…hinggalah ke Pasir Hor sebab minyak hitam motor mereka dah kering. Ya Allah,masya Allah…!!! Jauh lebih kurang 5km tuan puan..cry emoticon Lebih sedih lagi,mereka hendak ke Hospital USM di Kubang Kerian sb anak sulung mereka dah 3 minggu ditahan di wad sebab demam denggi dan jangkitan kuman pada paru paru.

Saya melihat jam hampir pukol 9 mlm dan saya difahamkan mereka masih belum berbuka puasa..tadi ada yg bersimpati memberi mereka sebungkus nasi kerabu dan air…meraka dah bagi anak anak makan dulu…Ya Allah,beratnya dugaan Mu ini…sebak..saya sgt sebak..!!!

 

 

Suami saya menelefon adiknya untuk membeli dan menghantar minyak hitam sementara kami menunggu ditepi jalan. Saya mengajak isteri dan anak anak mereka menunggu di dalam kereta agar anak anak mereka tidak kepanasan. Sambil kami tunggu suami saya mengisi minyak hitam,saya sempat bertanya si isteri…katanya mereka ingin kerumah ibu saudaranya di Gual Periuk kerana ingin meminjam duit tapi sampai disana ibu saudaranya tiada di rumah dan mereka terpaksa berpatah balik ke USM Kubang Kerian. Sebelum ini mereka menetap ni rantau panjang tapi diusir keluar oleh saudaranya. So dah tiga minggu mereka tidur di hospital. Mereka risau jika anak mereka dapat keluar hospital,mereka tak tahu kemana lagi ingin menumpang…Ya Allah…!!

 

 

Oh..sebelum saya lupa, Masa mereka berjalan kaki tadi,saya nampak si isteri memakai tongkat…saya tanya kenapa dgn kakinya lalu dia menyelak seluar dan menunjukkan kakinya..Ya Allah..hati saya luruh melihat penderitaan dan kekuatan perempuan ini..!! Saya difahamkan daging kakinya meluruh dan tinggal tulang..Doktor pun tak dapat pastikan apa punca dan penyakit si isteri. Sekarang dia tidak mendapat rawatan dimana mana hospital kerana kesempitan hidup…Mmg dah bergenang air mata ni…

Setelah selesai baiki motor,saya menghantar mereka ke HUSM dan memberi sedikit wang buat belanja. Si isteri memeluk saya dgn erat dan yg paling buat saya luluh hati bila dia cakap…”Kak,terima kasih banyak banyak…Akak jer yg tolong saya”..Sebak..sebak..sebak..!!

MODUS OPERANDI MANGSA 2

Ditulis Facebook Mohd Azraie Daud
Cerita semalam,aku balik dari kedah,singgah ke kota bharu untuk ambik anak dan isteri,elok sampai rumah mentua di pulau melaka,Allah tidurkan aku..kul 12.30 pagi Allah kejutkan aku. Siap2 semua barang dalam kereta,kami pun bertolak,sampai di traffic light pulau melaka,aku nak topup minyak kereta,biasanya aku akan topup di Tok Bali tapi mlm tadi,Allah gerakkan hati untuk topup di Petronas Pulau Melaka tu jugak.

Waktu tu hujan renyai2. Elok aku parking je kereta kat pam tu. Aku tengok family ni. Aku pi bayar duit minyak dan terus isi sambil usha family ini.

Aku tengok anak kecil tu bermain di samping ibu dia yang duduk. Ayah dia kelihatan duduk dibalik motor sambil muka tunduk kebawah. Aku perasan ada sorang lagi anak dia tidur atas motor sambil selimut dengan kain batik. Selesai pam minyak,aku terus tuju ke arah diorang..aku tanya, dari mana nak ke mana?si isteri jawab”dari pasir putih,nak ambik anak kt husm,anak dah dua minggu di wad sebab jangkitan paru2..hari ni dah boleh keluar,pi pasir putih nak pinjam duit dengan mak sedaranya,tapi tak dapat,sampai sini minyak motor habis,tapi duit tak ada nak isi,rumah plak kt rantau panjang”.

Mata si isteri tu dah mula berair.aku dapat rasa air mata tu ikhlas.. Aku perhati kt motor dia, ada sticker ustaz azhar idrus,suami pun pakai kopiah. Aku dh mula simpati dan rasa diorg ni jujur dan orang baik2.

Lepas tu aku tengok kaki dia macam sakit, aku pun tanya la sakit apa,kencing manis ke? Siisteri tu bagitau, dia sakit misteri,lepas berubat di perubatan islam di Bangi,baru sembuh. Doktor hampir2 potong kaki dia..

masa tu adalah dua tiga orang datang menghampiri kami,aku terangkan masalah diorang dan aku bagitau kalau2 org2 yang datang tu nak bantu..alhamdulillah dengan rela hati,beberapa orang menghulurkan note2 biru dan hijau.raut wajah mereka terus berubah ceria..masa tu terasa nikmat yang Allah bagi..walaupun aku hanya berMyvi bukan mercedes atau bmw,tapi ada orang yang lagi susah..

 

aku teringat masa kecik2 dulu,kehidupan keluargaku kais pagi makan pagi,pernah dihalau dan dihina kerana kemiskinan keluarga kami. Kini hidup kami banyak berubah berkat ketabahan ayah dan mak memastikan kami berjaya dalam pelajaran walaupun kami orang miskin..aku ada ambik no fon abang ni. Nama dia nasrul. Dia sudah sebulan tak kerja sebab jaga anak dia di husm. Isteri dia jalan bertongkat. Tak mampu nak urus sendiri. Sebab tu dia tak berduit. Dia kerje mekanik di bengkel kereta..

insyaAllah aku akan melawat mereka pada minggu depan. Saya akan siasat dahulu sebelum apa2 sumbangan dikutip.insyaAllah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
PEMBONGKARAN PENIPUAN
(Kisah sebenarnya yang berlaku disebalik suami isteri ini) :
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Respons terhadap status Mohd Azraie Daud. Pernah kumpulkan RM 1,000 dari orang ramai untuk tolong mangsa. Ketua kampung SAHkan mereka kaki pil kuda. Modus operandi bawa anak naik motor adalah semata-mata untuk simpati orang ramai :

Sanggup tolong hantar ke HUSM . Sanggup cari rumah di Rantau Panjang untuk serahkan wang yang dikumpul dari orang ramai :

Sebelum ini marah kepada JKM kerana tidak tolong, sekarang malu muka akibat salah faham. Rupa-rupanya anak-anak mereka telah menerima sebanyak RM400 sebulan dari JKM ! :

 

Gigih cari rumah mereka. Tetapi sangat kecewa akhirnya tahu mereka adalah penipu !

Antara mangsa lain yang turut melibatkan wang sumbangan RM1,000 :

 

 

Comments

comments

ep2p-5small