Bola Sepak : Separuh Akhir Liga Juara-Juara Asia 2015

Kejohanan berprestij antara kelab-kelab Asia Liga Juara-Juara Asia 2015 atau 2015 AFC Champions League semakin menuju ke kemuncak saingannya dengan 4 pasukan bakal berentap di pusingan separuh akhir menentukan 2 pasukan yang bakal beraksi di pentas perlawanan akhir nanti. 4 kelab tersebut ialah Al-Hilal (Arab Saudi), Al-Ahli (UAE), Guangzhou Evergrande Taobao (China) dan Gamba Osaka (Jepun) bakal beraksi dalam perlawanan separuh akhir yang akan diadakan secara timbal balik iaitu pada 29 dan 30 September 2015 untuk Perlawanan Separuh Akhir Pertama manakala 20 dan 21 Oktober 2015 untuk Perlawanan Separuh Akhir Kedua. 

2 pasukan yang layak ke Perlawanan Akhir akan bertemu juga secara timbal balik iaitu pada 7 November 2015 untuk Perlawanan Akhir Pertama manakala 21 November 2015 untuk Perlawanan Akhir Kedua. Pemenang Liga Juara-Juara Asia 2015 ini akan mewakili kelab Asia ke saingan Piala Kelab Dunia 2015 akan datang. Bual Sukan percaya keempat-empat kelab ini pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing dan menggunakan kesempatan terbaik beraksi di gelanggang sendiri untuk mencari bekalan selesa sebelum bertandang ke tempat lawan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Separuh Akhir Liga Juara-Juara Asia 2015 akan datang :

SEPARUH AKHIR PERTAMA

29 September 2015
Al-Hilal (Arab Saudi) lwn Al-Ahli (UAE)

30 September 2015
Guangzhou Evergrande Taobao (China) lwn Gamba Osaka (Jepun)

SEPARUH AKHIR KEDUA

20 Oktober 2015
Al-Ahli (UAE) lwn Al-Hilal (Arab Saudi)

21 Oktober 2015 
Gamba Osaka (Jepun) lwn Guangzhou Evergrande Taobao (China) 

ep2p-5small