Bola Sepak : Pemain Tumpuan TM Piala Malaysia 2015

Saingan TM Piala Malaysia 2015 akan bermula 11 September 2015 ini. 16 pasukan telah diundi dalam 4 kumpulan di mana 2 pasukan yang menamatkan aksi kumpulan selaku juara serta naib juara kumpulan akan melangkah ke pusingan suku akhir. Pasukan Pahang selaku juara bertahan pastinya sekali lagi akan turun dengan misi utama mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu pencabar utama lain seperti Juara Liga Super 2015 Johor Darul Ta’zim FC, Juara Piala FA 2015 Singapore Lions XII, Juara Liga Premier 2015 Kedah, Juara terbanyak Piala Malaysia Selangor serta pasukan-pasukan lain pastinya tidak akan memberikan laluan mudah kepada pasukan Tok Gajah.

Setiap pasukan pastinya akan memberikan cabaran sengit antara satu sama lain di mana setiap perlawanan adalah amat penting untuk mendapatkan mata berharga bagi mencerahkan laluan ke pusingan suku akhir. Kesebelasan pemain yang disenaraikan oleh pasukan serta barisan pemain-pemain simpanan pastinya akan sedaya upaya memberikan aksi terbaik pasukan masing-masing. Setiap pasukan juga pastinya mempunyai perancangan strategi serta taktikal dan formasi tersendiri. Bual Sukan berpandangan semua pemain adalah kunci utama pasukan. Namun begitu, berikut adalah 3 pemain yang bakal menjadi kunci utama pasukan masing-masing dalam TM Piala Malaysia 2015 akan datang : 

KUMPULAN A
Terengganu
Gustavo Lopez
Issey Nakajima-Ferran
Ismail Faruqi

Singapore Lions XII
Izwan Mahbub
Safuwan Baharuddin
Hafiz Abu Sujad

Kedah
Baddrol Bakhtiar
Chidi Edeh
Mohd. Syafiq Ahmad

Johor Darul Ta’zim II 
Zaquan Adha Abdul Razak
Shahril Ishak
Leandro Sebastian Velazquez

KUMPULAN B
Johor Darul Ta’zim FC
Safiq Rahim
Nazrin Nawi
Luciano Figeroa

Perak
Namkung Woong
Mohd. Nasir Basharudin
Nur Ridzuan Abu Hassan

Sarawak
Joseph Kalang Tie
Billy Mehmet
Ryan Griffith

ATM FA
Hairuddin Omar
Abdulafees Abdulsalam
Jerry Nelson Palacios

KUMPULAN C
Selangor
Mohd. Shahrol Abdul Kalam
Andik Vermansyah
Ahmad Hazwan Bakri

Felda United
Shukor Adan
Indra Putra Mahyuddin
Thiago Augusto

Kelantan
Khairul Fahmi Che Mat
Mohd. Badhri Mohd Radzi
Iwuji Austin Amutu

T-Team
Tomislav Busic
Mohd. Noor Hakim Hassan
Ferhod Tadjiev

KUMPULAN D
Pahang
Razman Roslan
Matias Conti
Dickson Nwakaeme

PDRM FA
Ali Ashfaq
Afif Amiruddin
Dramane Traore

Pulau Pinang
Mohd. Faiz Subri
Lee Gil Hoon
Rafiuddin Rodin

PKNS FC
Patrick Ronaldinho Wleh
P. Gunalan
Gabriel Guerra

ep2p-5small